Sistem Munakahat Konvensional di Malaysia
Perkahwinan agama Kristian aliran Roman Katolik
- Salah satu tanda anutan dalam tujuh tanda-tanda kepercayaan penganut Roman Katholik (Seven Sacrament).
- Terdapat dua tujuan penting dalam perkahwinan iaitu penyatuan seksual merupakan asas kepada perkahwinan dan menyatukan dua orang bersatu hidup, fikiran dan perasaan.
- Penyatuan antara Adam dan Hawa serta Jesus Christ terhadap Tuhan dan Gereja.
- Terdapat juga pernyataan Bible yang menggalakkan hidup membujang. Ini disebutkan daripada Jesus Christ dalam pernyataan Bible menyatakan perintah supaya berzahid (hidup membujang).
- Kitab Bible (The Old & New Testament) merupakan rujukan utama agama Roman Katolik yang mana di dalamnya terdapat anjuran dan galakan yang jelas supaya berkahwin.
Terdapat halangan dalam perkahwinan agama Kristian iaitu:
- Agama Kristian Roman Katolik tidak membenarkan kahwin berlainan agama atau sebagai "Holy Order" namun berbeza dengan aliran Kristan yang lain membenarkan perkahwinan campur.
- Perjanjian (Perpetual Vow) untuk menjadi Sister atau Father di dalam agama Kristian Katholik yang tidak membenarkan mereka berkahwin dan mengamalkan Celibacy iaitu membujang. Hal ini kerana Celibacy dianggap memelihara kesucian kepaderian yang berasaskan daripada peristiwa Jesus Christ.
- Berita perkahwinan akan dipampang atau disiarkan jika ada bantahan terhadap perkahwinan tersebut maka bantahan tersebut akan disiasat.
- Adik beradik angkat seperti adik atau abang angkat adalah tidak dibenarkan berkahwin menurut Canon Law.
Syarat perkahwinan dalam agama Kristian iaitu:
- Pasangan boleh berkahwin walaupun tanpa persetujuan ibu bapa dengan kerelaan hati masing-masing.
- Dua orang saksi terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua saksi ini tidak boleh mempunyai hubungan yang begitu rapat seperti hubungan adik beradik dan hendaklah berumur dua puluh satu tahun ke atas.
Bentuk perkahwinan agama Kristian iaitu:
- Hanya membenarkan bentuk perkahwinan monogami iaitu hanya seorang isteri sahaja dalam satu tempoh masa.
- Poligami adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam agama Kristian terutamanya dalam agama Kristian Roman Katholik.
Penceraian dan pembubaran dalam agama Kristian iaitu:
- Perceraian adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Kristian Roman Katholik atas alasan suami dan isteri telah disatukan oleh Tuhan melalui perkahwinan.
- Perceraian merupakan salah satu dosa dan kesalahan berat yang berlawanan dengan kemuliaan perkahwinan.
- Tiada apa-apa pun yang dapat memisahkan mereka selain mati sebagaimana dokumen Katholik Tahun 1983.
- Antara sebab lain perceraian ialah si suami atau isteri telah berlaku curang ataupun berzina.
- Suami dan isteri mempunyai hak sama rata dalam pembubaran perkahwinan.
Comments
Post a Comment