Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional





Peta buih berganda Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional



Muamalat Islam
Konvensional
Tujuan kerana Allah
Tujuan utama ialah mengejar keuntungan
Konsep ta’awwun
Konsep kapitalis dan sosial
Tiada unsur riba dan penindasan
Berasaskan sistem riba dan penindasan
Berpandukan syariat Islam dalam semua urusan
Mengabaikan tanggungjawab sosial
Harta sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah
Pengumpulan harta adalah matlamat hidup
Jadual Perbezaan

Jadual tersebut hanya menunjukkan perbezaan umum bagi muamalat Islam dan Konvensional. Namun, muamalat mempunyai pelbagai cabang seperti jual beli, pinjaman, gadaian, saham dan pelbagai lagi.
Jika dilihat daripada aspek perbankan, terdapat beberapa aspek yang jelas dapat kita bezakan.
Seperti jadual di bawah: 


Aspek
Perbankan Islam
Perbankan Konvensional
Dasar
Menggunakan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah
Menggunakan akal manusia
Pemantauan
Mempunyai pemantauan syariah
Tidak mempunyai pemantauan syariah
Lebihan
Keuntungan (profit) adalah terhasil daripada kontrak jual beli dan perkongsian untung rugi (pelaburan)
Keuntungan mengikut “interest” (penambahan daripada jumlah yang dipinjam/ dihutang)
Hubungan bank dengan pelanggan
Menggunakan transaksi jual beli, pelaburan atau perkongsian untung rugi
Menggunakan transaksi pinjaman/ hutang
Zakat
Terlibat dengan pembayaran zakat
Tidak terlebat dengan pembayaran zakat
Aqad
Menggunakan aqad yang telah dipersetujui oleh syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil
Menggunaan aqad pinjaman berteraskan riba


Bai' Bithaman Ajil: jual beli secara tangguh pembayaran.

Ta’awun: saling membantu antara satu sama lain (Mu’jam Wasit, 2004)

Kapitalis:  sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan (Wikipedia)

Sosial: segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan (Kamus Pelajar EdisiKedua, 2008)


Riba: lebihan, pertambahan dan perkembangan (Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Md. Zuraini Masrom et al. (2017). Pendidikan Islam Teras. Selangor: Pustaka al-Ehsan.

Comments

Popular posts from this blog

Definisi Muamalat dan Munakahat :)

Sistem Munakahat Konvensional di Malaysia